Di mulakan blog ini dengan warong makan di Tepian Tebrau.
Tepian Tebrau dulunya betul2 ditepian tebrau telah dipindahkan bersebelahan tapak sekolah Tambatan lama di Jalan Sungai Chat. Yang menjadi tumpuan di sini adalah gerai ikan bakar, gerai rojak cum 'ice jelly' dan gerai "abang pendek". Di gerai ikan bakar ada ikan pari bakar, otak2, siput sedut, baby crab, chilli crab, lala dan lain2 lagi. Di gerai rojak..ada rojak, sotong kangkung, char kuey dan air2 sejuk dan panas. Di gerai "abang pendek" ada pelbagai makanan goreng2 dan juga air panas dan sejuk.
Kalau singgah di Johor Bahru jangan lupa ke Tepian Tebrau untuk merasakan makanan2 nih. Kat sini pun ada abang gitar yang menghiburkan pengunjung yang sedang menjamu selera...
Otak2 di sini lain dari otak2 kempas. Otak2 nih lagi berisi.
No comments:
Post a Comment