24 Jun 2008

Jintan Manis

Ada restoran baru di Larkin Indah, Datin Halimah dekat MPTI.
Nama restoran tu Kafe Jintan Manis.
Tempatnya cosy dan homy, boleh dijadikan tempat hang out untuk keluarga dan kekawan.
Sajian yang ada, western dan local. Makanannya sedap2, difahamkan chef nya pernah keje di hotel..sebab tu makanan sedap2.....jadi cuba lah ke sana......
Kalau nak makan ringan2 cuba desert2 nya sedappppppp.



cuba desert ice cream n cake nya





soup of the day



sebahagian menu Jintan Manis

23 Jun 2008

Air Bir ..... atau (Beyh)

Kalau orang dulu2 balik daripada majlis di Istana Besar tentu akan bawa balik sirap air bir untuk dirasa2 bersama keluarga.

Di sini ada resepi air bir. Bagi sesiapa yang nak cuba buat.. ... cubalah tapi sukatan semuanya ikut sukatan orang dulu2.

Resepi Air Bir

1. Akar Sesiak 50 sen
2. Kulit Kayu manis 50 sen
3. Kulit Mashuri 50 sen
4. Ketumbar Biji 50 sen
5. Jintan Manis 50 sen
6. Cengkih 50 sen
7. Pelaga 50 sen
8. Bunga Pe'kak 50 sen
9. Halia
10. Gula 3 kilo
11. Kekoma
12. Daun limau purut
13. Air Mawar
14. Daun Pandan

Cara buatnya macam buat sirap ros merah tuh... jadi pandai2, agak2 lah


Kalau tak nak susah2 kan diri, beli jek sirap air bir (beyh) yang dibuat oleh Beyh Royale. Ada dijual di kedai Johor Tourism di Danga Bay ataupun di Beyh Royale House.




Kompleks Pasir Gudang

Ikan masak Nyonya

Beancurd


Sotong goreng chili padi



Kalau ke Pasir Gudang untuk lawatan kerja jangan lupa singgah ke Kompleks Pasir Gudang. Di situ ada restoran yang menyediakan masakan ala2 seafood / thai / cina .. Nama restoran tu... D' Latios Restaurant (nama orang putih gitu).
Masakannya boleh tahan sedap dan harga pun okay.
ayam goreng kunyit (besar2)
Lain kali akan ke "Rahmat" Kg Pasir Putih, Pasir Gudang. Jadi tungggggggu ....

Tepian Tebrau



Di mulakan blog ini dengan warong makan di Tepian Tebrau.

Tepian Tebrau dulunya betul2 ditepian tebrau telah dipindahkan bersebelahan tapak sekolah Tambatan lama di Jalan Sungai Chat. Yang menjadi tumpuan di sini adalah gerai ikan bakar, gerai rojak cum 'ice jelly' dan gerai "abang pendek". Di gerai ikan bakar ada ikan pari bakar, otak2, siput sedut, baby crab, chilli crab, lala dan lain2 lagi. Di gerai rojak..ada rojak, sotong kangkung, char kuey dan air2 sejuk dan panas. Di gerai "abang pendek" ada pelbagai makanan goreng2 dan juga air panas dan sejuk.

Kalau singgah di Johor Bahru jangan lupa ke Tepian Tebrau untuk merasakan makanan2 nih. Kat sini pun ada abang gitar yang menghiburkan pengunjung yang sedang menjamu selera...

Otak2 di sini lain dari otak2 kempas. Otak2 nih lagi berisi.
Ice jelly
Ikan pari bakar sambal... yum2
Siput sedut goreng chilli
char kuey